Enggan terus berteka-teki dan mahu berkongsi dengan jelas, tarikh pelancaran rasmi untuk Realme GT Neo5 akhirnya didedahkan. Poster dimuatnaik menunjukkan pelancaran bakal diadakan di China pada 9 Februari hadapan. Namun ada kebarangkalian besar bahawa peranti juga akan dipamerkan di acara tahunan MWC 2023.

Gambaran mengenai rekaan peranti tampak samar-samar, selain butiran spesifikasi dalaman yang diketahui juga agak terhad. Salah satunya, sistem pengecasan pantas 240W bakal digunakan pada peranti. Ura-ura mengenai cip Snapdragon 8+ Gen 1 digunakan pada peranti turut kedengaran. Dalam masa sama, skrin OLED dengan kadar segar semula 144Hz dimuatkan pada peranti.

Bukan itu sahaja, kapasiti bateri pula terbahagi kepada dua yang merangkumi 4,600mAh dengan pengecasan 240W. Selanjutnya bateri 5,000mAh pula menyokong pengecasan 150W. Realme dijangka menggunakan rekaan bateri dwi-sel pada peranti bagi membolehkan proses pengecasan pantas yang lebih baik.