Cari @ Amanz

Acer Nitro VG240YE Dan Acer Nitro VG270YE Diperkenalkan Untuk Kegunaan Harian

Oleh Nazrin

Link Copied!

Siri peranti dan perkakasan Acer Nitro seringkali dilihat sebagai jenama gaming yang lebih mampu milik oleh keluaran Acer, dan untuk penawaran terbaru mereka, Acer telah memperkenalkan dua buah paparan skrin baru yang boleh dimanfaatkan bukan sahaja untuk tujuan gaming, tetapi juga produktiviti di pejabat dan rumah pada harga mampu milik.

Acer Nitro VG240YE dan Acer Nitro VG270YE ialah dua paparan skrin terbaru keluaran Acer yang menggunakan panel IPS bersaiz 24 dan 27 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 100Hz. Paparan ini juga mampu mengolah 99 peratus daripada gamut warna sRGB, menjadikannya salah sebuah paparan skrin yang cukup baik sekiranya anda memerlukan sebuah paparan skrin dengan olahan warna yang baik di rumah ataupun pejabat.

Kedua-dua paparan ini juga hadir dengan paparan nirbingkai ZeroFrame yang memaksimakan kawasan paparan, manakala tapaknya pula membolehkan paparan ini untuk mengubahsuai kedudukan paparan dengan mudah.

Acer Malaysia mengatakan bahawa paparan skrin Acer Nitro VG240YE dan Acer Nitro VG270YE ini sudahpun mula ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM459 dan RM549.


Komen ()