Instagram Notes mula diberikan secara berperingkat kepada pengguna di Eropah, Jepun dan UK bermula hari ini. Ini diumumkan oleh ketua Instagram Adam Mosseri hari ini. Ciri yang diumumkan pada Disember tahun lalu yang membenarkan pengguna melakukan perkongsian dalam bentuk teks dan emoji, sepanjang 60 aksara.

Pada awalnya hanya pengguna di Asia, Amerika Latin dan Amerika Utara sahaja bolebh mengaksesnya. MelaluiĀ Instagram Notes, setiap perkongsian akan dipaparkan pada bahagian atas halaman DM, dan ia akan dipaparkan untuk tempoh 24 jam sahaja.
Notes dilancarkan ketika pengguna mencari alternatif kepada Twitter. Tetapi Notes tidak mempunyai ciri berkongsi status yang panjang dan sekadar digunakan untuk memberikan pengguna lain mengenai status peribadi di dalam Instagram.