Carian
Pengasas Instagram Melancarkan Artifact Yang Adalah Aplikasi Seakan TikTok Untuk Artikel
February 1, 2023 Effi Saharudin

Isu yang sering kami lihat di media sosial ialah golongan muda tidak lagi mahu membaca. Semuanya perlu disampaikan dalam format video sehingga TikTok menjadi pilihan untuk mendapatkan jawapan. Secara logiknya untuk bersaingan degan TikTok, aplikasi baharu perlu menawarkan ciri yang hampir serupa tetapi lebih baik.

Kevin Systrom dan Mike Krieger yang merupakan pengasas Instagram telah melancarkan aplikasi baharu Artifact. Menerusinya pengguna akan disarankan artikel-artikel yang boleh dibaca berdasarkan algoritma seakan TikTok. Pengguna diminta memilih topik yang diminati dan mengikut pengguna lain di platform. Saranan artikel yang lebih relevan akan diberikan sepanjang masa.

Di peringkat awal artikel daripada The New York Times dan The Washington Post akan disarankan kepada pengguna. Sekilas pandang Artifact seakan Twitter tetapi hanya untuk artikel-artikel yang boleh dibaca. Pada waktu ini Artifact masih lagi peringkat Beta tertutup dengan terdapat senarai menunggu untuk mencubanya.

Komen