Cari @ Amanz

Meta sedia mempunyai beberapa aplikasi yang memfokuskan kepada perkongsian kandungan, termasuk Instagram dan Facebook melalui ciri Reels dan beberapa yang lain.

Terbaru, dengan permulaan pihak YouTube yang telah mula berkongsi pendapatan bersama pencipta kandungan untuk YouTube Shorts – kini Meta turut dikatakan sedang mempertimbangkan perkara sama.

Perbincangan masih pada peringkat awal, dan sekiranya ramai bersetuju di Meta, maka ia akan melihat Meta berkongsi pendapatan yang dijana melalui pengiklanan bersama sejumlah pencipta kandungan lain.

Buat masa ini, Meta sedia berkongsi sedikit pendapatan bersama pencipta kandungan yang memuat-naik video, atau menyelitkan pengiklanan Meta pada produk mereka.

Dan dengan langkah ini, sekiranya diimplementasikan, hanya TikTok dilihat akan menggunakan model berbeza – sementara YouTube dan Meta berkongsi pendapatan bersama pencipta kandungan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd