Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S23 dan Galaxy S23+ kini dilancarkan secara rasmi pagi ini dengan ialah dua daripada trio peranti di bawah siri Galaxy S23 tahun ini. Sekilas pandang tiada perbezaan yang ketara dapat dilihat pada dua model ini berbanding model tahun ini.

Perbezaan paling besar dari segi rekaan ialah tiada lagi bonggol kamera besar Contour Cut digantikan dengan rekaan Floating Camera baharu.Pada tahun ini ketiga-tiga peranti siri Galaxy S23 menggunakan rekaan Floating Camera supaya semua nampak konsisten.

Kita mulakan dengan Samsung Galaxy S23 yang dilengkapi skrin 6.1″ Dynamic AMOLED 120HZ FHD+ yang menyokong paparan HDR10+. Terdapat ciri Vision Booster yang memastikan imej masih nampak jelas dalam pelbagai situasi pencahayaan. Skrin ini walau bagaimanapun bukan dari jenis LTPO yang boleh menurunkan kadar segar semula sehingga 1Hz. Dengan kaca Gorilla Glass Victus 2 pula, skrin peranti menjadi semakin tahan hentakan.

Cip Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy digunakan dengan dipadankan dengan memori 8GB LPDDR5X, storan sehingga 256GB UFS 4.0 dan bateri sebesar 3900 mAh yang menyokong pengecas 25W. Ini adalah peningkatan 200mAh berbanding S22 tahun lalu. Ini dilakukan kerana tubuh S23 bukan sahaja lebih berkotak tetapi turut lebih tebal. Tubuh masih lagi mempunyai kemampuan kalis air serta debu IP68.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 12MP dan telefoto 10MP sehingga 3X secara optikal. Di hadapan pula kamera 12MP digunakan untuk swafoto. Hanya kamera hadapan ditingkatkan dari 10 ke 12MP sementara ketiga-tiga kamera utama adalah sama seperti tahun lalu.

Samsung Galaxy S23+ pula dilengkapi skrin 6.6″ Dynamic AMOLED 120HZ FHD+ yang menyokong paparan HDR10+. Terdapat ciri Vision Booster yang memastikan imej masih nampak jelas dalam pelbagai situasi pencahayaan. Skrin ini walau bagaimanapun bukan dari jenis LTPO yang boleh menurunkan kadar segar semula sehingga 1Hz. Kaca Gorilla Glass Victus 2 digunakan di hadapan dan belakang dengan ia direka untuk tahan hentakan dari ketinggian 2 meter.

Cip Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy digunakan dengan dipadankan dengan memori 8GB LPDDR5X, storan sehingga 512GB UFS 4.0 dan bateri sebesar 4700 mAh yang menyokong pengecas 45W yang lebih pantas. Seperti S23, S23+ turut menerima peningkatan kapasiti bateri sebanyak 200mAh yang menjadikan tubuh lebih tebal. Ia melepasi piawaian kalis air serta debu IP68.

Tiada perbezaan pada spesifikasi kamera S23 dengan S23+. Kamera utama juga terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 12MP dan telefoto 10MP sehingga 3X secara optikal sementara sensor 12MP digunakan untuk kamera swafoto.

Walaupun kamera masih sama, Samsung kini menawarkan sokongan Expert RAW pada kedua-dua peranti ini dengan gambar boleh diambil pada resolusi 50MP yang lebih besar.

Kedua-dua peranti menggunakan One UI 5.1 yang berasaskan Android 13. Pilihan warna pula adalah Black, Cotton, Green, dan Violet. Harga jualan Galaxy S23 dan Galaxy S23+ di Malaysia ialah;

  • Samsung Galaxy S23 (128GB) – RM3,899
  • Samsung Galaxy S23 (256GB) – RM4,199
  • Samsung Galaxy S23+ (256GB) – RM4,699
  • Samsung Galaxy S23+ (512GB) – RM5,199

Untuk masa terhad sewaktu tempoh pra-tempah ini, pelanggan juga boleh membayar pada harga lebih murah untuk penambahan storan. Seperti contoh S23+ model tertinggi yang ditawarkan pada harga RM 5,199 dengan storan 512GB / 8GB RAM boleh dibeli pada harga RM 4,699 untuk tempoh terhad.

Bagi para pengguna yang berminat, boleh pra-tempah telefon pintar ini melalui laman rasmi Samsung hari ini. Gunakan kod “AMGS23R” dan dapatkan diskaun tambahan RM200 pada pra-tempahan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd