Pelancaran sudahpun selesai untuk Samsung Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra sebentar tadi. Ketiga-tiganya mempunyai kekuatan tersendiri dan pasti ramai ingin mengetahui model yang ditawarkan serta harga jualannya di Malaysia.

Pratempahan untuk ketiga-tiga peranti sudahpun dibuka di Malaysia hari ini 2 Februari sehingga 23 Februari. Samsung menawarkan potongan harga sehingga RM500 kepada pelanggan yang melakukannya. Berikut ialah harga jualan siri Galaxy S23 sekiranya dibeli tanpa pratempahan.
- Samsung Galaxy S23 (128GB) – RM3,899
- Samsung Galaxy S23 (256GB) – RM4,199
- Samsung Galaxy S23+ (256GB) – RM4,699
- Samsung Galaxy S23+ (512GB) – RM5,199
- Samsung Galaxy S23 Ultra (256GB) – RM5,699
- Samsung Galaxy S23 Ultra (512GB) – RM6,199
- Samsung Galaxy S23 Ultra (1TB) – RM7,199
Tetapi sekiranya pratempahan dilakukan, harga jualan peranti adalah seperti di bawah (dengan kod AMGS23R).
- Samsung Galaxy S23 (256GB) – RM3,699
- Samsung Galaxy S23+ (512GB) – RM4,499
- Samsung Galaxy S23 Ultra (1TB) – RM6,499
Selain itu pelanggan turut akan menerima e-Voucher bernilai RM400, dan potongan 30% untuk pembelian aksesori Samsung, tablet, Galaxy Watch, siri Galaxy Buds serta Samsung Care+ sekiranya dilakukan menerusi laman web rasmi Samsung Malaysia.
Sementara itu pembelian pada rangkaian kedai fizikal pula Samsung menawarkan aksesori percuma bernilai RM458, dan potongan 30% untuk pembelian aksesori Samsung, tablet, Galaxy Watch, siri Galaxy Buds serta Samsung Care+
Untuk terma dan syarat lengkap pratempahan sila ke laman Samsung Malaysia. Gunakan kod “AMGS23R” dan dapatkan diskaun tambahan RM200 pada pra-tempahan yang dilakukan.