Carian
Samsung Galaxy S23 Ultra Berharga Bermula RM5699 – Mencapai RM7199 Untuk 1TB
February 2, 2023 Aman

Samsung hari ini telah memperkenalkan siri telefon pintar terbaru mereka secara rasminya, dibawah nama Galaxy S23. Seperti ramai sedia maklum, model paling mercu dibawah siri ini adalah Galaxy S23 Ultra

Model ini hadir dengan skrin 6.8-inci Dynamic AMOLED 2x, menyokong input berasaskan S-Pen, dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy, serta memori 12GB RAM. Pada bahagian kamera juga, telefon pintar ini hadir dengan kamera 200MP bersama untuk rakaman gambar.

Dari segi penawaran, model ini adalah model paling premium yang ditawarkan oleh Samsung dibawah siri Galaxy S23.

Galaxy S23 Ultra model asas hadir dengan storan 256GB pada harga RM5699.

Variasi storan 512GB pula dijual pada harga RM6199, dan model 1TB pada harga RM7199.

Bagi para pengguna yang berminat, boleh pra-tempah telefon pintar ini melalui laman rasmi Samsung hari ini. Gunakan kod “AMGS23R” dan dapatkan diskaun tambahan RM200 pada pra-tempahan.

Samsung Malaysia turut menawarkan promosi storan berganda untuk pra-tempahan, selain potongan harga – membolehkan anda mendapatkan model 1TB pada harga serendah RM6499.

Komen