Cari @ Amanz

OpenAI hari ini mengumumkan pelan berbayar untuk perkhidmatan kecerdasan buatan mereka, ChatGPT. Dinamakan sebagai ChatGPT Plus, ia akan ditawarkan pada harga pengenalan $20 sebulan.

Melalui ChatGPT Plus, ia akan membolehkan para pengguna berbayar kekal menggunakan perkhidmatan tersebut walaupun ketika waktu puncak. Disamping itu, ia juga menjanjikan masa respon lebih pantas berbanding versi percuma.

Untuk peringkat permulaan, perkhidmatan berbayar ini terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini, dan ia dibuka secara berperingkat kepada pengguna.

Dengan populariti ChatGPT yang meningkat kebelakangan ini, dimana ia digunakan dalam membantu sejumlah tugasan, tidak mustahil kita melihat ramai melanggan dan menggunakan perkhidmatan berbayar berkenaan.


OpenAI turut menyatakan bakal memperkenalkan ChatGPT API tidak lama lagi untuk para pembangun mengintegrasikan ciri berkenaan pada produk masing-masing.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd