Cari @ Amanz

Pelanggan Netflix Premium Menerima Audio Spatial Pada Lebih 700 Kandungan

Link Copied!

Pelanggan pelan paling premium Netflix 4K kini boleh menikmati audio spatial yang lebih menyeluruh pada lebih 700 kandungan mereka. Kepala pelanggan pelan lain, audio spatial masih lagi boleh diakses tetapi pada kandungan tertentu sahaja.

Antara kandungan yang boleh ditonton dengan audio spatial sekarang ialah Stranger Things, The Watcher, Wednesday, dan Knives Out: Glass Onion. Turut diberikan ialah kemampuan memuat turun video pada enam peranti berbanding empat sahaja untuk pelanggan premium.

Audio spatial diperkenalkan Jun tahun lalu dalam jumlah yang terhad. Netflix bekerjasama dengan Sennheiser dengan sistem audio Sennheiser AMBEO mereka untuk menghasilkan audio yang menyeluruh. Televisyen yang disambungkan kepada sistem bunyi surround boleh menikmati audio spatial sekarang. Kepada pemilik sistem audio Dolby ATMOS dan 5.1 pula, audio spatial tidak diaktifkan kerana sistem yang digunakan sekarang adalah lebih baik.

Kepada pengguna ekosistem Apple pula, audio spatial disokong pada model tertentu iPhone, iPad, dan Apple TV. Aksesori audio yang disokong pula adalah Airpods Gen 3, AirPods Pro, AirPods


Komen ()