Cari @ Amanz

Tecno Mengesahkan Penyertaan Di MWC 2023 Buat Kali Pertama

Link Copied!

Seperti yang diketahui ramai, acara Mobile World Congress (MWC) pada tahun ini telah dijadualkan berlangsung pada 27 Februari – 2 Mac 2023. Terdapat pelbagai teknologi dan produk baharu yang bakal diperlihatkan oleh pengeluar jenama di seluruh dunia. Ini termasuklah, Tecno yang turut sama mengesahkan penyertaannya di MWC 2023.

Perkara ini telah dikongsi secara terbuka menerusi kemaskini di Twitter rasmi dan ia merupakan penyertaan buat pertama kali bagi mereka. Tiada maklumat lanjut mengenai peranti atau produk yang bakal diumumkan. Namun, Tecno menjanjikan sesuatu yang menarik akan dipamerkan pada acara tersebut. Sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh Tecno kelak.

Dalam perkembangan berbeza, Honor juga sebelum ini telah mengesahkan kehadirannya di MWC 2023 untuk pengenalan beberapa peranti. Ini termasuklah pengenalan untuk siri Honor Magic5 dan Magic Vs.


Komen ()