Carian
Perkongsian Baharu Mengesahkan Realme GT Neo5 Dilengkapi Snapdragon 8+ Gen 1
February 2, 2023 Amy Maizuraa

Pelancaran Realme GT Neo5 telah dijadualkan berlangsung di China pada 9 Februari ini. Perkongsian baharu di Weibo kini mula mendedahkan beberapa ciri yang bakal dibawa oleh peranti kelak. Ini termasuklah dari aspek rekaan dan spesifikasi utama.

Ia menunjukkan Realme GT Neo5 akan dilengkapi bonggol kamera yang besar di belakang. Ini dipadankan pula dengan sistem tri-kamera bersama lampu LED Flash yang memanjang. Sokongan lampu LED bewarna ungu turut boleh dilihat bersebelahan kamera utama dengan penjenamaan Dare To Leap. Konsep yang digunakan besar kemungkinan serupa dengan ciri Breathing Light pada peranti Oppo sebelum ini yang boleh berkelip apabila menerima notifikasi dan panggilan masuk.

Selanjutnya peranti ini juga disahkan hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1. Selain turut sama menyokong fungsi IR Blaster dan bateri dengan sistem pengecasan pantas 240W. Butiran lanjut mengenai sistem pengecasan turut telah dikongsi. Di mana, ia melibatkan penggunaan kabel khusus dengan pemindahan kadar 20V/12A yang melalui tiga pengecas berbeza.

Selain itu, sistem pengecasan ini juga boleh menyokong sehingga 1,600 kitaran pengecasa tanpa memberi impak besar terhadap bateri. Setakat ini, hanya satu warna yang didedahkan tetapi kita boleh menjangkakan lebih banyak pilihan yang disediakan kelak.

Komen