Cari @ Amanz

Perkhidmatan Facebook sering digambarkan dengan pengguna berusia, dan perkhidmatan yang kian kurang digunakan. Namun, secara statistiknya, kini ia memperlihatkan keadaan berbeza.

Mengikut data terbaru yang dikeluarkan oleh Meta, kini perkhidmatan media sosial Facebook mempunyai seramai 2 bilion pengguna aktif setiap hari.

Ini sekaligus memperlihatkan Facebook menambah sekitar 16 juta pengguna aktif pada suku terakhir, sekaligus mencapai angka 2 bilion pengguna aktif setiap hari buat pertama kalinya dalam sejarah.

Dirantau Asia Pasifik sahaja, Facebook mempunyai sekitar 854 juta pengguna aktif setiap hari – rantau dengan pengguna paling tinggi buat masa ini.

Selain Facebook, Meta juga turut mempunyai perkhidmatan WhatsApp yang turut digunakan lebih 2 bilion pengguna setiap hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd