Garmin Instinct Crossover kini sudah boleh didapati di pasaran Malaysia. Harga jualan adalah bermula RM2470 untuk variasi standard, seterusnya meningkat kepada RM2720 bagi variasi solar. Akhir sekali, Garmin Instinct Crossover Tactical Edition pula berharga RM2970 seutas. Bagi yang berminat, ia boleh dibeli menerusi laman Shopee, Lazada dan pengedar sah Garmin di seluruh Malaysia.



Garmin Instinct Crossover dilengkapi skrin monokrom sebesar 0.9-inci dengan resolusi 176 x 176 piksel. Ia juga melepasi piawaian tahan lasak ketenteraan yang mampu memberi ketahanan menyeluruh, termasuklah tahan cuaca panas dan sejuk. Turut boleh ditemui, sejumlah sensor kesihatan dan kecergasan terbina di samping ciri penjejakan aktiviti sukan yang merangkumi larian, berbasikal, berenang, aktiviti lasak diluar dan golf.


Selanjutnya, ia juga mempunyai ciri kalis air 10ATM dan boleh beroperasi sehingga 28 hari dengan penggunaan biasa untuk Garmin Instinct Crossover standard. Kemudian penggunaan ini boleh meningkat sehingga 70 hari untuk variasi solar.