OpenAI Dijangka Perkenal Ciri Jana Video Menggunakan Kecerdasan Buatan Melalui Dall-E
Aman
OpenAI merupakan salah satu nama yang kerap disebut kebelakangan ini, dengan penawaran sejumlah ciri-ciri dan fungsi berasaskan kecerdasan buatan.
Antara yang ditawarkan adalah ChatGPT yang membolehkan pengguna menerima maklumbalas dan informasi dengan input berasaskan teks, selain Dall-E yang membolehkan penjanaan gambar dengan menggunakan input berasaskan teks.
Terbaru, ia dikatakan OpenAI dalam perancangan untuk memperkenalkan ciri baharu pada Dall-E yang membolehkan video dijana dengan input berasaskan teks sahaja melalui bantuan kecerdasan buatan.
Dengan hal ini, ia akan memudahkan lagi proses menjana video, seperti mana Dall-E sedia memudahkan proses menjana gambar.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah OpenAI akan memperkenalkan ciri menjana video menggunakan kecerdasan buatan ini.
[sumber]Sumber : Semafor[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.