Cari @ Amanz

Meta kini telah pun mengeluarkan sejumlah data-data berkaitan perkembangan syarikat mereka, dan turut berkongsi mengatakan telah berbelanja sekitar $13.7 bilion sepanjang 2022 untuk tujuan Reality Labs.

Mark Zuckerberg sendiri sebelum ini telah berkali-kali menyatakan Meta ingin menjadi peneraju dalam arena metamesta – termasuk realiti-terimbuh dan realiti-gabungan. Hal ini turut memakan belanja yang besar dalam pembangunan, pengoptimasian dan sebagainya.

Mark Zuckerberg dan Meta sendiri masih meneruskan arena pembangunan Reality Labs ini, dan dijangka turut hadir dengan penawaran peranti baharu pada tahun 2023 ini.

Selain cabaran dalam arena metamesta, Meta dilihat masih meneruskan perkembangan positif dalam arena media sosial, dimana mereka kini mencatatkan 2 bilion pengguna aktif untuk Facebook.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd