Cari @ Amanz

Netflix Kini Membenarkan Kandungan Di Muat Turun Kepada 6 Peranti

Link Copied!

Hari ini, telah kami laporkan yang pelanggan premium Netflix kini menerima sokongan audio spatial untuk lebih 700 kandungan. Antara kandungan yang boleh ditonton dengan audio spatial sekarang ialah Stranger ThingsThe WatcherWednesday, dan Knives Out: Glass Onion.

Sokongan ini adalah eksklusif untuk pelanggan pelan Premium sahaja, kerana pelan lain hanya menerima akses kandungan audio spatial yang terhad.

Dalam pengumuman Netflix yang sama, pelanggan pelan Premium turut menerima ciri baharu lain iaitu kemampuan memuat turun kandungan untuk tontonan luar talian kepada enam peranti. Sebelum ini pelan ini hanya dibenarkan muat turun untuk empat peranti sahaja.

Ini adalah satu ciri baik, lebih-lebih lagi untuk pengguna seperti saya yang menggunakan lebih dari dua peranti. Saya boleh tonton kandungan berkualiti pada kesemua peranti saya untuk menguji kualiti skrin atau mengulas siri TV/filem tanpa menggunakan akses internet.


Komen ()