Cari @ Amanz

Garmin Vivomove Trend merupakan seutas jam tangan pintar hibrid bersama muka analog yang baharu. Ketersediaan untuk pasaran Malaysia telah diumumkan dengan harga jualan RM1,380. Bagi yang berminat, ia boleh dibeli menerusi pengedar sah Garmin Malaysia dengan empat pilihan warna seperti Cream Gold, Silver, Slate dan Peach Gold.

Dari segi rekaan, Garmin Vivomove Trend kelihatan seperti jam tangan biasa dan skrin kaca hanya memaparkan maklumat apabila disentuh. Bertambah menarik apabila terdapat juga skrin LCD monokrom beresolusi 254 X 346 piksel tersembunyi yang hanya muncul sewaktu diperlukan.

Seterusnya, ia juga menyediakan pelbagai ciri penjejakan kecergasan dan kesihatan, di samping sokongan pemberitahuan pintar terbina. Sokongan pembayaran nirwayar juga boleh dilakukan menerusi ciri Garmin Pay. Bateri yang digunakan pula boleh bertahan sehingga 5 hari dan turut didatangkan sokongan pengecasan nirwayar menerusi Qi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd