Cari @ Amanz

Siri TV dan biografi mengenai kejayaan dan kegagalan di sebalik syarikat teknologi menjadi semakin popular. Sebelum ini kami laporkan The Playlist boleh ditonton di Netflix, iaitu kisah di sebalik permulaan Spotify. Kini, kisah d sebalik Uber tiba di HBO Go.

Siri ini berjudul Super Pumped: The Battle For Uber. Sebuah kisah benar, bagaimana Travis Kalanick iaitu pengasas Uber berjaya dan turut menceritakan kejatuhan beliau. Siri TV dengan 7 episod ini turut akan menceritakan bagaimana penglibatan pelabur besar Bill Gurley dan Arianna Huffington dalam Uber.

The Battle For Uber sebelum ini terhad di Amerika Syarikat sahaja melalui platfrom Showtime, kini jika anda berminat untuk tonton di Malaysia – siaran akan bermula hari ini 2 Februari di HBO Go. Pelakon yang terlibat adalah Joseph Gordon-Levitt, Kyle Chandler, Uma Thurman, Elisabeth Shue, Kerry Bishé, Jon Bass, Bridget Gao Hollitt dan Babak Tafti.

Super Pumped juga merupakan sebuah siri antologi yang mana akan mempunyai siri lain. Musim kedua nanti adalah mengenai Facebook yang mana masih tiada tarikh dan butiran lanjut mengenainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd