Twitter hari ini mengumumkan mereka akan berhenti menawarkan akses ke Twitter API secara percuma, bermula 9 Februari 2023 kelak. Dengan langkah ini, ia dijangka akan memberikan kesan kepada sejumlah perkhidmatan yang beroperasi dengan menggunakan akses API Twitter.
Twitter menyatakan, sebagai alternatif untuknya, mereka akan menawarkan akses berbayar asas kepada pembangun.
Ini dilihat sebagai salah satu langkah dalam usaha Elon Musk terus menjana pendapatan menggunakan platform sosial tersebut.
Langkah ini hadir selepas sejumlah klien tidak boleh beroperasi sebelum ini selepas Twitter menghentikan akses dan kebenaran untuknya.
Perubahan ini mungkin membuatkan ramai pembangun kurang mengemarinya, dan mungkin melihat kepada beberapa platform lain dalam terus menawarkan perkhidmatan masing-masing.