Carian
Peranti Yang Didakwa Sony Xperia 1 V Tertiris
February 3, 2023 Fahim Zahar

Sony Xperia adalah telefon pintar Android Sony yang memfokuskan kepada videografi. Model paling mercu mereka adalah Xperia 1 dan model terkini iaitu Xperia 1 IV dilancarkan pada bulan Mei lepas. Kini peranti yang didakwa sebagai pengganti iaitu Xperia 1 V tertiris.

Tidak banyak informasi didedahkan selain konfigurasi kamera sahaja. Berdasarkan imej, Xperia 1 V dilihat tidak lagi menyertakan sensor ToF dan sensor infra merah RGB pada bahagian modul kamera. Sebaliknya hanya menggunakan konfigurasi tri-kamera dengan apa yang saya boleh jangkakan adalah sensor sudut lebar, sensor telefoto periskop dan sensor sudut ultra lebar.

Perubahan lain dilihat adalah lampu LED flash kini berada dalam modul kamera bukan lagi di luar pada panel belakang peranti. Lapisan lensa Zeiss T* juga turut masih kelihatan. Tahun lepas Xperia 1 IV dilancarkan pada bulan Mei, tetapi untuk tahun ini masih tidak pasti lagi bila Xperia 1 V akan dilancarkan. Sama-sama kita nantikan.

Komen