Cari @ Amanz

Oppo Enco Air2 sebelum ini telah diumumkan dengan ketahanan bateri 24 jam. Di samping masih mengekalkan reka bentul asal generasi pertama. Di mana, fon telinga dari jenis terbuka bertangkai dengan pod pengecas bujur digunakan melaluinya.

Terbaharu variasi kemaskini untuknya dijadualkan tiba di Malaysia pada 7 Februari 2023. Ini adalah selari dengan pengenalan siri Oppo Reno8 T yang kelak tiba dalam dua variasi berbeza. Ini termasuklah peranti dengan sokongan 4G dan 5G terbina.

Tiada harga jualan yang didedahkan untuk fon telinga ini. Tetapi ia kelak hadir dengan pod pengecas lut cahaya dalam pilihan warna White. Bukan itu sahaja, pemandu audio 13.4mm dengan algoritma Oppo Alive Audio digunakan bagi kesan bunyi yang jelas.

Tambatan pantas pula boleh dibuat menerusi Bluetooth 5.3 yang turut sama menyokong sambungan dua peranti secara serentak. pasiti bateri 300mAh digunakan yang boleh bertahan hingga 25 jam dengan pod pengecas. Dalam pada itu, ia juga melepasi penarafan kalis air IP54 sebagai pelindungan tambahan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd