Cari @ Amanz

Rekaan konsep untuk Tecno Phantom Vision V telah tertiris sebelum ini menerusi satu video pendek. Ia merupakan sebuah peranti dengan skrin boleh lipat dan gulung yang menggabungkan elemen beberapa peranti lain seperti Galaxy Z Fold dan Oppo Find X 2021 menjadi satu.

Terbaharu muncul pula beberapa imej sebenar dipercayai mempelihatkan rekaan untuk sebuah lagi peranti boleh lipat Tecno. Berbeza dengan sebelum ini, Tecno Phantom V Fold mempunyai skrin lipat pada bahagian dalam bagi pengalaman penggunaan seakan sebuah tablet.

Ini dipadankan pula dengan skrin sekunder di bahagian luar dengan lubang di tengah untuk kamera swafoto tunggal. Turut boleh dilihat dengan jelas tubuhnya agak tebal, khususnya apabila peranti dilipat. Tidak ketinggalan, sistem tri-kamera digunakan pada panel belakang dengan LED Flash diletakkan bersebelahan di dalam bonggol kamera yang besar.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi didedahkan setakat ini. Ia juga dijangka menjadi peranti boleh lipat pertama Tecno yang akan tersedia di pasaran secara komersial sekitara penghujung bulan ini. Sama ada benar atau tidak, sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd