Cari @ Amanz

YouTube Shorts Kini Mencatatkan Lebih 50 Bilion Tontonan Setiap Hari

Oleh Aman

Link Copied!

YouTube Shorts merupakan perkongsian video menegak ringkas yang diperkenalkan pada platform YouTube – sebagai alternatif untuk TikTok.

Sejak diperkenalkan, YouTube Shorts berkembang secara positif dari hari ke hari, dan terbaru, YouTube berkongsi mengatakan lebih 50 bilion tontonan pada YouTube Shorts berlaku setiap hari. Pada tahun lepas, YouTube berkongsi data mengatakan sebanyak 30 bilion tontonan berlaku pada Shorts ketika itu. Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan sehingga 20 bilion tontonan setiap hari dalam tempoh setahun.

Perkongsian data ini hadir daripada YouTube, selari dengan pengenalan perkongsian pendapatan bersama penerbit YouTube Shorts bermula Februari 2023 ini.


Komen ()