Carian
Google Menjadualkan Acara Khas Memfokuskan Carian Dan AI Pada 8 Februari
February 3, 2023 Aman

Google kini menjadualkan sebuah acara khas pada 8 Februari, dimana gergasi internet ini akan berkongsi lanjut berkenaan perkhidmatan teras Google, iaitu enjin carian.

Disamping itu, Google juga dijangka akan menyentuh sejumlah perkara berkenaan kecerdasan buatan dan integrasinya pada pelbagai perkhidmatan Google seperti peta, dan lain-lain.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai pihak bercakap mengenai ChatGPT, dan pada acara yang dijadualkan ini, Google turut dijangka berkongsi perancangan mereka dalam arena lebih kurang sama.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan perancangan Google untuk arena carian dan kecerdasan buatan.

Komen