Carian
Instagram Mungkin Memperkenalkan Ciri Tanda “Biru” Pengesahan Berbayar
February 3, 2023 Aman

Pihak Twitter sedia memperkenalkan ciri pengesahan berbayar, dibawah apa yang dinamakan sebagai Twitter Blue. Ia sekaligus turut membolehkan para pengguna media sosial tersebut berbangga dengan tanda berwarna biru bersebelahan nama pengguna – menandakan mereka pengguna yang “disahkan”, salah satu status yang diinginkan oleh ramai pengguna.

Kini selain Twitter, Instagram dilihat mungkin turut memperkenalkan ciri lebih kurang sama.

Melalui kod pembangunan baharu, ia didapati Instagram mungkin akan memperkenalkan ciri langganan berbayar yang turut memberikan tanda calit biru bersebelahan nama pengguna yang menandakan mereka disahkan.

Buat masa ini, ia hanya hadir pada kod pembangunan awal – dan tidak diketahui sama ada ia akan diperkenalkan secara rasminya, atau sekadar ujian awal sahaja.

Komen