Carian
Netflix Menghasilkan Anime Dengan Bantuan Kecerdasan Buatan – Disebabkan Kekurangan Pekerja
February 4, 2023 Aman

Dengan populariti integrasi kecerdasan buatan dalam pelbagai perkhidmatan, kini Netflix dilihat turut menghasilkan animasi pendek di Jepun, dengan bantuan kecerdasan buatan.

Melalui animasi pendek sepanjang sekitar 3 minit, Netflix Jepun menggunakan penjanaan grafik berasaskan kecerdasan buatan. Seterusnya, grafik yang dijana berkenaan diintegrasikan dalam animasi pendek tersebut.

Kritikan ini juga selari dengan keadaan industri anime sendiri, dimana sering dikaitkan dengan pembayaran gaji yang rendah, termasuk kadar tekanan tinggi, dan lain-lain perkara yang tidak memihak kepada artis.

Netflix Jepun menyatakan langkah ini diambil disebabkan oleh kekurangan pekerja. Walaubagaimanapun, langkah ini dikritik ramai kerana dilihat sebagai pihak Netflix mengelak daripada membayar artis dengan menggunakan kecerdasan buatan.

Pihak Netflix tidak memberikan komen lanjut berkenaan hal ini. Namun, ini mungkin langkah awal industri yang kita akan melihat implementasinya lebih kerap pada masa akan datang.

Komen