Carian
Qualcomm Mengatakan Tiada Sebarang Perubahan Pembekalan Kepada Huawei Buat Masa Ini
February 4, 2023 Aman

Baru-baru ini, telah hadir laporan mengatakan kerajaan Amerika Syarikat ingin melakukan halangan dagangan tambahan terhadap Huawei – yang mungkin menyukarkan Huawei mendapatkan cip daripada pengeluar seperti Qualcomm dan Intel.

Menjawab mengenainya, kini pihak Qualcomm menyatakan tiada sebarang perubahan terhadap dagangan mereka dengan Huawei buat masa ini.

Ia dikatakan pihak kerajaan Amerika Syarikat ingin mengehadkan pengeluaran lesen baharu – dan ia tidak memberikan impak terhadap Qualcomm yang sedia mempunyai lesen dagangan bersama Huawei.

Lesen tersebut memberikan kebolehan kepada Qualcomm untuk membekalkan sejumlah cip kepada Huawei, termasuk untuk 4G, dan juga WiFi.

Dagangan antara Qualcomm dan Huawei juga dijangka berlanjutan untuk beberapa tahun.

Komen