Carian
Telegram Hadir Dengan Pelan Langganan Tahunan – RM127.90 Setahun, Pelan Bulanan Ditingkatkan Ke RM16.90 Sebulan
February 5, 2023 Aman

Telegram hari ini memperkenalkan sedikit kemaskini pada aplikasi mudah-alih mereka, sekaligus turut menambah pilihan untuk pelan langganan tahunan Telegram Premium.

Dibawah pelan langganan tahunan ini, ia ditawarkan pada harga RM127.90 setahun, sekaligus menjadikan ia berharga secara purata RM10.49 sebulan. Pengguna yang melanggan perlu membayar harga untuk setahun.

Disamping itu, pelan langganan bulanan yang sebelum ini berharga sekitar RM14.90 sebulan, kini dilihat ditingkatkan kepada RM16.90 sebulan.

Kedua-dua harga ini adalah melalui aplikasi Android dan juga iOS.

Bagi anda yang berminat dengan Telegram Premium, mungkin boleh menyemak penawaran baharu ini, dan melanggan pelan tahunan memandangkan ia berharga lebih murah.

Dibawah Telegram Premium, sejumlah ciri tambahan disertakan termasuk bebas iklan, had muat-naik fail sehingga 4GB, kadar muat-turun lebih laju, dan sebagainya.

Komen