Carian
WhatsApp Sedang Bangunkan Ciri “Pin” Mesej Pada Tetingkap Sembang
February 5, 2023 Aman

WhatsApp Messenger kini sedang membangunkan salah satu ciri yang dinantikan dan diinginkan ramai pengguna seluruh dunia, iaitu kebolehan untuk sematkan atau pinkan sesuatu mesej pada bahagian atas tetingkap sembang.

Ciri ini sangat berguna dalam perbualan berkumpulan atau WhatsApp Groups, memudahkan pengguna mengikuti sesuatu pengumuman penting dengan mudah.

Ciri baharu ini masih pada peringkat pembangunan, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan secara rasminya kepada semua.

Komen