Cari @ Amanz

Lanjutan daripada ketirisan sebelum ini, kini hadir beberapa gambar pengolokkan Huawei P60 Pro berasaskan kepadanya, memperlihatkan dengan lebih dekat rekaan telefon akan datang daripada pengeluar China tersebut.

Melalui rekaan yang hadir ini, ia memperlihatkan penggunaan rekaan bulat untuk bahagian lensa kamera, disamping kamera hadapan yang diposisikan pada bahagian tengah skrin.

Huawei juga turut dijangka mengintegrasikan teknologi kamera XMAGE bersama-sama telefon pintar baharu ini.

Mengikut spekulasi, Huawei dijangka menyertakan siri Huawei P60 ini pada bulan Mac kelak di China.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd