Carian
SKMM Diarah Untuk Selesaikan Masalah Kualiti Perkhidmatan Telekomunikasi Menjelang Jun 2023
February 6, 2023 Aman

Menteri kini mengarahkan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meneliti dan menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit melibatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi menjelang Jun 2023 kelak.

Ini turut melibatkan sejumlah perkara, termasuk liputan rangkaian dalam bangunan, selain pada lebuhraya dan sejumlah lokasi lain seperti stadium dan sebagainya. Pengguna dilihat kadang-kala menikmati rangkaian yang baik diluar bangunan, tetapi kualiti perkhidmatan jatuh ketika berada dalam bangunan.

Menteri sendiri sebelum ini telah menekankan beberapa kali yang mana akan memberikan perhatian kepada masalah kualiti talian telekomunikasi, termasuk kelompongan liputan di beberapa lokasi yang membuatkan pengguna tidak dapat menikmati rangkaian telekomunikasi sepenuhnya.

Dengan arahan baharu ini, sama-sama kita nantikan pelbagai masalah berkaitan kualiti perkhidmatan diselesaikan dan diberikan perhatian oleh pihak SKMM – sekaligus menguntungkan para pengguna seluruh negara.

Komen