POCO hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan secara rasminya, iaitu POCO X5 5G.
Telefon pintar ini hadir dengan skrin 6.67-inci FHD+ AMOLED, menawarkan kadar segar semula mencapai 120Hz, dijana cip Snapdragon 695, memori dengan pilihan sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan tri-kamera dibelakang dengan sensor utama 48MP, ditambah dengan sensor ultra-lebar 8MP, serta sensor makro 2MP. Untuk rakaman hadapan, ia hadir dengan sensor 13-megapixel.
POCO X5 5G hadir dengan bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 33W. Telefon ini menyokong rangkaian 5G, serta sokongan NFC. Pengguna juga disediakan dengan bicu audio 3.5mm, selain pengimbas cap jari yang diposisikan pada bahagian tepi peranti.
Menjana telefon pintar ini adalah MIUI 13 untuk Poco.

Di Malaysia, POCO X5 5G ditawarkan pada harga RM1099 bagi model 6GB RAM + 128GB storan, dan RM1199 untuk 8GB RAM + 256GB storan. Bersempena pengenalan ini, pengguna boleh mendapatkan ia di Shopee dengan harga diskaun RM100, menjadikan harga jualannya adalah masing-masing RM999 dan RM1099.