Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan Poco X5, pihak Poco juga kini memperkenalkan variasi “Pro” untuk telefon pintar berkenaan, iaitu POCO X5 Pro 5G.

POCO X5 Pro 5G hadir dengan skrin 6.67-inci FHD+ AMOLED, menawarkan kadar segar semula mencapai 120Hz, dan dijana dengan cip Snapdragon 778G. Melengkapkan ia adalah memori sehingga 8GB RAM LPDDR4X, serta storan sehingga 256GB UFS 2.2.

Pada bahagian kamera, ia hadir dengan kamera utama 108-megapixel dibahagian belakang, dan ditemani dengan sensor ultra-lebar 8MP serta sensor 2MP makro. Untuk swafoto, POCO X5 Pro 5G menyertakan kamera 16-megapixel.

POCO X5 Pro 5G turut hadir dengan bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan 67W.

Telefon ini turut hadir dengan dwi-speaker untuk audio lebih baik, disamping sokongan NFC, pengimbas cap jari dibahagian tepi peranti, serta bicu audio 3.5mm. Menjananya juga adalah MIUI 14 untuk Poco.

Di Malaysia, POCO X5 Pro 5G ditawarkan pada harga RM1299 untuk 6GB RAM + 128GB storan, dan RM1499 untuk 8GB RAM + 256GB storan. Untuk fasa pengenalan ini, Poco menawarkan diskaun RM100, membolehkan pengguna mendapatkannya pada harga masing-masing RM1199 dan RM1399 melalui Lazada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd