Cari @ Amanz

iPhone 16 Ultra Mungkin Ditawarkan Dengan Kamera Dan Cip Lebih Berkuasa

Link Copied!

Samsung menawarkan model Ultra sebagai peranti paling mercu keluaran mereka. Tetapi kini menurut laporan Bloomberg, Apple mungkin akan menawarkan juga model Ultra mereka sendiri seawal tahun hadapan dalam siri iPhone 16.

iPhone 16 Ultra akan dilengkapi skrin yang lebih besar, kamera lebih berkemampuan tinggi dan cip pemproses yang lebih berkuasa berbanding model Pro. Ia turut akan ditawarkan tanpa sebarang port dengan ia mengecas menggunakan MagSafe sepenuhnya. Dengan prestasi lebih berkuasa, harga jualan model Ultra ini adalah lebih mahal berbanding model Pro.

Pada waktu ini perancangan menawarkan model Ultra dipercayai masih lagi di peringkat awal. Keputusan muktamad masih belum dilakukan. Wujud ataupun tidak pasaran untuk sebuah lagi model iPhone yang lebih berkuasa seperti Apple Watch Ultra yang juga mempunyai prestasi lebih melampau berbanding Apple Watch biasa?


Komen ()