Cari @ Amanz

Tahun ini tiada model Samsung Galaxy S23 dengan cip Exynos keluaran Samsung sendiri. Dengan kekecewaan cip Exynos 2200 tahun lalu, Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy digunakan pada S23, S23+ dan S23 Ultra. Tetapi Exynos masih belum berkubur dengan cip yang direka khusus untuk peranti Galaxy sedang dibangunkan.

Terkini menurut akaun Weibo milik Ice Universe, Samsung dikatakan sedang membangunkan cip Exynos 2400 yang dilengkapi 10 teras CPU. Konfigurasi yang digunakan ialah 1+2+3+4 – 1x Cortex X4, 2x Cortex A720, 3x Cortex A720 dan 4x Cortex 520. Tiada maklumat mengenai GPU pada waktu ini tetapi ia mungkin sekali lagi dihasilkan menerusi kerjasama dengan AMD seperti Exynos 2200.

Ice Universe mempunyai rekod yang baik meniriskan maklumat mengenai produk Samsung. Adakah Exynos akan kembali dan memberikan persaingan kepada cip Snapdragon, MediaTek dan Apple A kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd