Cari @ Amanz

Baru-baru ini tular beberapa imej sebenar yang memaparkan rekaan untuk peranti dengan skrin boleh lipat Tecno Phantom V Fold. Tecno kini mengesahkan kewujudannya secara rasmi menerusi perkongsian baharu. Di samping turut sama berkongsi tarikh pelancaran yang dijadualkan berlangsung pada 28 Februari 2023 di acara MWC.

Cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9000+ akan digunakan sebagai tunjang utama peranti. Sekaligus menjadikanya lengkap dengan rangkaian 5G terbina dan peranti dengan skrin boleh lipat terawal yang dikuasakan oleh cip pemprosesan tersebut. Tecno juga menjanjikan pengalaman peranti mercu yang berkuasa melaluinya dengan menyertakan pelbagai ciri dan fungsi yang menarik kelak.

Ini sahaja maklumat mengenai peranti yang didedahkan buat masa ini. Persoalan lebih lanjut bakal terjawab sepenuhnya selepas peranti ini dilancarkan secara rasmi. Kemaskini lanjut turut akan kami kongsikan dalam artikel yang akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd