Cari @ Amanz

Yes Prepaid FT5G merupakan salah satu pelan prabayar Yes yang ditawarkan pada harga RM30 sebulan, dan memberikan akses kepada perkhidmatan rangkaian 5G dan juga 4G. Terbaru, Yes melakukan sedikit perubahan pada pelan yang ditawarkan mereka.

Sebelum ini, Yes memberikan akses hotspot tanpa had dibawah rangkaian 5G, dan 9GB dibawah rangkaian 4G. Kini, dengan gabungan baharu, ia menawarkan had penggunaan sebanyak 12GB dibawah rangkaian 5G atau 4G.

Perubahan baharu ini hanya terhad terhadap penggunaan hotspot sahaja, dimana penggunaan data internet masih ditawarkan tanpa had dibawah rangkaian 5G atau 4G.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd