Cari @ Amanz

Siri Oppo Reno8 T Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1399

Link Copied!

Acara pelancaran hari ini memperlihatkan Oppo hadir dengan dua peranti baharu di bawah siri Reno. Melaluinya Oppo Reno8 T 4G dan Reno8 T 5G telah diperkenalkan dengan tarikan yang tersendiri. Bagi yang berminat, ketersediaan untuk pratempahan bermula sekarang dengan harga RM1,399 untuk Reno8 T 4G (8GB/256GB). Sementara itu, variasi 5G pula ditawarkan pada RM1,799 (8GB/256GB) dengan hadiah menarik bernilai sehingga RM377 yang diberikan percuma.

Untuk spesifikasi, Reno8 T 5G dilengkapi skrin AMOLED sebesar 6.7-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Cip Snapdragon 695 digunakan sebagai tunjang utama peranti, di samping memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Tetapan kamera utama terdiri dengan 108MP (utama) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro), selanjutnya kamera hadapan pula 32MP. Bateri 4800mAh turut digunakan pada peranti dengan sistem pengecasan pantas 67W yang disertakan bersama.

Seterusnya Reno8 T 4G pula menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.43-inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Turut melengkapinya, cip MediaTek Helio G99 yang digabungkan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Kamera utama terdiri dengan 100MP (utama) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro) dan kamera hadapan pula sebesar 32MP. Bateri 5000mAh juga digunakan dengan sistem pengecasan pantas 33W.


Komen ()