Cari @ Amanz

Jika anda sedang mencari sebuah komputer riba baru untuk tujuan riadah ataupun produktiviti pada harga yang mampu milik, MSI Malaysia kini sedang mengadakan acara jualan bersempena musim bunga dengan tema “Samurai Slash & Blossom Sales”.

Sama seperti sejumlah jualan-jualan komputer riba mereka sebelum ini, sejumlah komputer riba mereka dari siri MSI Katana GF66/GF67, MSI GF63 Thin dan juga MSI Modern sedang dijual dengan harga yang cukup mampu-milik sekali.

Diantara tawaran menarik yang dapat dilihat kali ini adalah seperti komputer riba MSI Katana GF66 11UD-1268MY dengan cip pemprosesan Intel generasi ke-11 dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 pada harga RM4099 dan MSI GF63 Thin 11SC-888MY dengan cip pemprosesan Intel generasi ke-11 dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 pada harga RM2999.

Untuk pilihan komputer riba produktiviti pula, MSI Modern 14 C12M-258MY dengan cip pemprosesan Intel Core i3-1215U dijual pada harga RM2399, manakala MSI Modern 14 C11M-043MY dengan cip pemprosesan Intel Core i3-1115G4 dijual pada harga RM1899.

MSI Malaysia mengatakan bahawa jualan ini sudah bermula sejak 6 Februari dan akan berterusan sehingga 26 Februari ini. Jika anda berminat untuk mengetahui apakah model-model komputer riba lain yang boleh dibeli, anda boleh melayari laman web jualan MSI Malaysia ini sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd