Selain daripada telefon pintar, Oppo Malaysia turut mengemaskini aksesori audionya dengan produk baharu. Melaluinya Oppo Enco Air3 telah diumumkan dengan rekaan lebih segar, di samping perbezaan kecil berbanding generasi sebelum ini.

Misalnya seperti tambatan pantas kini boleh dibuat menerusi bluetooth 5.3. Selanjutnya bateri disertakan juga mampu bertahan lebih lama mencapai 25 jam dengan pod pengecas. Bagi yang berminat, ia dijual pada harga RM249 seunit.
Oppo Enco Air3 didatangkan dengan pod pengecas lut cahaya. Turut dipadankan, set fon telinga sejenis terbuka yang juga berwarna putih sepenuhnya. Bukan itu sahaja, pemandu audio 13.4mm dengan algoritma Oppo Audio Live disertakan bagi kesan bunyi yang lebih jelas.

Tambatan pantas boleh dibuat menerusi Bluetooth 5.3 yang turut sama menyokong sambungan dua peranti secara serentak. pasiti bateri 300mAh digunakan yang boleh bertahan hingga 25 jam dengan pod pengecas. Tidak ketinggalan, ia juga melepasi penarafan kalis air IP54 sebagai pelindungan tambahan.