Cari @ Amanz

AORUS Gen5 10000 Ialah SSD PCIe Gen5 Pertama Keluaran GIGABYTE

Oleh Nazrin

Link Copied!

AORUS, jenama gaming dan komponen premium dibawah GIGABYTE baru-baru ini telah memperlihatkan penawaran storan terbaru mereka yang dinamakan AORUS Gen5 10000, yang juga merupakan storan SSD NVMe PCIe 5.0 pertama mereka.

Hadir dalam penawaran 1TB dan 2TB, AORUS Gen5 10000 ini menggunakan komponen-komponen serba baru seperti pengawal SSD Phison E26, cip storan 3D TLC NAND dan juga mempunyai memori LPDDR4 terbina.

Dari segi kelajuan pula, GIGABYTE mengatakan bahawa model bersaiz 1TB hadir dengan kelajuan pembacaan data 9.5GB/s dan penulisan data 8.5GB/s dan mempunyai ketahanan 700 TBW, manakala model 2TB pula mempunyai kelajuan pembacaan data 10GB/s dan kadar penulisan data 9.5GB/s dengan ketahanan 1400TBW.

Satu lagi keunikan pada storan SSD ini ialah bongkah penyejukan yang digunakan untuk menyejukkan komponen-komponen ini. Sejumlah jenama lain menggunakan bongkah dengan kipas penyejukan, tetapi untuk SSD ini, bongkah penyejukannya menggunakan paip haba untuk mengalihkan haba dari komponen-komponen ini.

Buat masa ini, GIGABYTE masih belum mengesahkan lagi bilakah mereka akan mula menjual SSD ini di pasaran global.


Komen ()