Cari @ Amanz

FRIDA Adalah Robot Yang Melukis Grafik Janaan AI Berdasarkan Input Teks

Link Copied!

Teknologi kecerdasan buatan semakin lama semakin hebat. Yang menjadi sohor kini sekarang adalah teknologi input teks kepada AI boleh menjana grafik, atau tanya sahaja soalan jawapan yang hampir tepat diberikan seperti resipi, karangan, artikel atau juga kod untuk program.

Terkini Carnegie Mellon University Robotics Institute (CMU) telah hadir dengan projek FRIDA (Framework and Robotics Initiative for Developing Arts), iaitu sebuah tangan robot yang boleh melukis grafik berdasarkan input teks yang diberikan di atas kertas lukis. Nama robot ini diambil dari pelukis Mexico terkenal Frida Kahlo.

Menurut seorang profesor di CMU, FRIDA adalah robot yang menggunakan model AI yang boleh faham kapsyen atau memahami sesebuah kandungan dan diterjemah menjadi hasil seni. Cuma, robot ini bukan 100% automatik kerana bantuan manusia masih diperlukan seperti untuk campuran dan isi semula cat. Kemudian manusia juga diperlukan untuk memasukkan input teks kepada FRIDA sebagai arahan untuk melukis apa.

FRIDA juga bukan robot yang sempurna 100%, kerana boleh melakukan kesilapan dan dengan menggunakan kamera terbina, robot ini memantau hasil kerja sendiri dan boleh membaiki masalah. Setiap lukisan yang dicat juga bukan pantas dan mengambil masa selama beberapa jam untuk diselesaikan.

Buat masa ini, tiada sebarang informasi mengenai penggunaan komersil robot ini dan CMU hanya membangunkannya sebagai kajian sahaja. Apa pendapat anda mengenai robot ini?


Komen ()