WhatsApp Status merupakan ciri terbina pada perkhidmatan permesejan WhatsApp yang membolehkan pengguna berkongsi kemaskini ringkas yang hilang selepas tempoh 24 jam – lebih kurang seperti Stories.
Terbaru, hari ini WhatsApp memperkenalkan beberapa ciri-ciri baharu pada WhatsApp Stories. Salah satunya adalah kebolehan berkongsi dalam bentuk audio sepanjang 30 saat dan terbitkan pada WhatsApp Status.

Disamping itu, pengguna juga kini boleh memberikan reaksi emoji dalam pilihan dari lapan emoji tersedia.
Kemaskini baru ini juga menambah sebuah tanda bulatan berwarna hijau pada tetingkap sembang dalam memberikan petanda yang mana pengguna tersebut mempunyai WhatsApp Status yang dikongsikan.
Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, boleh mengemaskini WhatsApp anda hari ini, dan menikmati ciri-ciri baharu ini.