Cari @ Amanz

OnePlus Ace 2 Dilancarkan Dengan Snapdragon 8+ Gen 1 Dan Rekaan Sama Dengan OnePlus 11

Link Copied!

OnePlus Ace 2 dilancarkan secara rasmi di China hari ini mengesahkan penggunaan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan rekaan yang amat mirip dengan OnePlus 11 yang dilancarkan sebelum ini.

Peranti dilengkapi skrin 6.74″ AMOLED 120Hz yang menggunakan panel kaca Asahi Glass. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W SuperVOOC .

Kamera utama pula menggabungkan lensa sudut lebar 50MP dengan OIS, lensa ultra sudut lebar 8MP dan lensa makro 2MP. Sementara itu di hadapan pula kamera 16MP swafoto digunakan dengan ia diletakkan dalam lubang kamera.

Peranti menggunakan ColorOS 13 di China berasaskan Android 13. ciri menarik yang ditawarkan ialah sistem penyejukan kebuk hampagas yang besar. Pada waktu ini peranti hanya ditawarkan di China sahaja pada harga RMB2799 (~RM1776) untuk 12/256 GB dan RMB3099 (~RM1966) untuk 15/512GB. Warna yang ditawarkan pula ialah Vast Black dan Glacier Blue. Untuk pasaran global, peranti ini akan dijenamakan semula sebagai OnePlus 11R.


Komen ()