Cari @ Amanz

Jendela @ PPR 2.0 Menawarkan Akses Internet 30Mbps Secara Percuma Selama 9 Bulan Di PPR

Oleh Aman

Link Copied!

Kerajaan kini turut menyediakan kemudahan akses internet pantas kepada para penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Dibawah program yang dinamakan sebagai [email protected] 2.0, penduduk di 30 Projek Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara dijangka akan menikmati akses internet percuma selama tempoh 9 bulan.

Selepas tempoh 9 bulan yang disediakan secara percuma, para penduduk akan diberikan pilihan untuk melanggan pakej internet pada harga yang lebih kompetitif dan murah berbanding pasaran.

Kesemua 30 projek internet PPRT ini dijangka akan selesai sepenuhnya menjelang April 2023 kelak. 27 PPR telah pun sedia menikmati kemudahan inisiatif akses internet percuma ini buat masa ini.


Komen ()