Cari @ Amanz

OnePlus hari ini telah memperkenalkan sejumlah peranti baharu dibawah mereka, dan pada masa yang sama turut berkongsi mengatakan bakal memperlihatkan peranti konsep seterusnya pada penghujung bulan ini.

Dijadualkan pengenalan pada acara MWC 2023 yang akan berlangsung di Barcelona, OnePlus menamakan telefon akan datang mereka sebagai OnePlus 11 Concept.

OnePlus11Concept

Buat masa ini, ciri apakah yang bakal dibawakan tidak dinyatakan lagi. Melalui peranti konsep sebelum ini, OnePlus mempertontonkan penggunaan sebuah kaca khusus pada kamera belakang, yang membolehkan kamera disembunyikan apabila tidak digunakan.

Sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal diperkenalkan oleh OnePlus pada penghujung bulan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd