Cari @ Amanz

Acara pelancaran produk baharu OnePlus di India turut memperlihatkan kehadiran televisyen pintar baharu. Melaluinya OnePlus TV 65 Q2 Pro diumumkan dengan tubuh logam yang menggunakan bezel nipis untuk sokongan nisbah skrin-ke-badan yang luas.

Seperti namanya, skrin sebesar 65-inci dengan paparan QLED 4K Ultra HD (3840 x 2160 piksel) digunakan. Ia juga menyokong beberapa ciri tambahan lain yang merangkumi kadar segar semula 120Hz, Dolby Vision, MEMC, pensijilan HDR10+, HDR10 dan HLG. Televisyen ini juga dipadankan dengan memori 3GB RAM dan storan dalaman 32GB secara terbina. Selanjutnya, tujuh pembesar suara 70W yang juga ditala dengan Dolby Atmos dan Dynaudio untuk pengalaman lebih baik.

Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan Android 11 (Google TV), Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac (2.4GHz/5GHz) dan bluetooth 5.0. Pilihan output pula terdiri dengan 3 X HDMI 2.0, 2 X USB, Ethernet dan AV Input. OnePlus TV 65 Q2 Pro dijual di India dengan harga Rs.99,999 (~RM5,193) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd