Cari @ Amanz

OnePlus V Fold Dan V Flip Mungkin Tiba Hujung Tahun Ini

Link Copied!

Bulan lepas, kami melaporkan yang OnePlus telah memfailkan tanda dagang untuk OnePlus V Fold dan OnePlus V Flip. Dua peranti ini mungkin adalah nama bagi peranti dengan skrin boleh lipat mereka. Sudah lama kedengaran yang OnePlus akan hadir dengan peranti seperti ini dan nampaknya kehadiran peranti ini akan berlaku mungkin pada tahun ini.

Semasa acara pelancaran pelbagai produk OnePlus malam tadi, di YouTube rasmi OnePlus India terdapat pengumuman tambahan di mana wakil OnePlus menyatakan pada suku ketiga tahun ini akan ada kejutan. Mereka mengacah imej dua peranti yang tidak begitu jelas, tetapi besar kemungkinan adalah V Fold dan V Flip.

Memandangkan OnePlus adalah sub-jenama Oppo dan bekerjasama untuk pembangunan produk dan perisian, besar kemungkinan produk ini adalah Oppo Find N2 dan Oppo Find N2 Flip untuk pasaran global dengan perisian Oxygen OS. Mereka mungkin akan mula lebih serius menjenamakan semula produk masing-masing mengikut pasaran.

Contoh OnePlus Nord N20 SE adalah Oppo A57 5G, sementara terdapat ura-ura OnePlus Pad semalam akan menjadi Oppo Pad baharu di China. Sama-sama kita nantikan.


Komen ()