Cari @ Amanz

Honor X8a Dengan Kamera 100MP Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM999

Link Copied!

Honor X8a telah dilancarkan di Malaysia hari ini dengan spesifikasi kelas pertengahan. Bagi yang berminat, ia dijual pada harga RM999 dengan pilihan warna Cyan Lake,Titanium Silver dan Midnight Black. Ketersediaan bermula 11 Februari 2023 menerusi kedai atas talian rasmi Honor, Shopee, Lazada dan pengedar sah di seluruh Malaysia.

Untuk spesifikasi khusus, Honor X8a dilengkapi dengan skrin sebesar 6.7-inci sejenis LCD. Cip MediaTek Helio G88 digunakan sebagai tunjang utama dengan gabungan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri 4,500mAh disertakan dengan sistem pengecasan pantas 22.5W. Selanjutnya sistem tri-kamera digunakan dengan tetapan 100MP (utama) + 5MP (Ultra-lebar) + 2MP (makro) dan kamera hadapan 16MP.


Komen ()